Salah satu petua lama menangani ketiak berbau ialah menggunakan jus limau. Tetapi adakah ini hanya tahyul atau berasas?
Limau mengandungi kandungan asid yang mampu meluntur dan antiseptik. Kesan dari pelunturan ini tidak terlalu kasar tetapi cukup untuk membuang bau dan meluntur lapisan atas kulit,terutamanya mendapan daki yang berbau.
Bahan-bahan:
-limau
-segelas air,di isi sedikit air kosong setinggi setengah ruas jari
-secubit garam halus
-tisu
Cara-caranya:
1:perah jus limau,biasanya bagi yang kecil di dalam 2 biji. Bagi yang besar satu sahaja sudah cukup.
2:campurkan dengan air. Jus limau dicampurkan tanpa benda asing,seperti pulpa limau dan biji limau.
3: masukkan sedikit garam dan goncang atau biar hingga larut. Menggoncang akan mempercepatkan sedikit pelarutan.
4:celup tisu dan gunakan ia untuk mengelap ketiak anda.
5:biarkan kering.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan