Rabu, 22 Jun 2016

Jutawan dropship: suatu kemungkinan? Bab 2


Sambungan bab 1.

Apakah itu dropship? Secara ringkas ia adalah suatu perniagaan jenis servis. Walaupun anda menjual sesuatu produk,sebenarnya perkhidmatan anda yang ditawarkan bukannya produk itu sendiri. Anda mendapat wang komisen daripada perniagaan dropship anda hasil dari servis anda bukannya melalui mencipta sesuatu produk atau memborongnya,atau memecah pukal.

Anda merupakan peruncit terakhir dalam saluran pengedaran.

Sebagaimana resam dalam bisnes berasaskan servis ianya mudah dimulakan tetapi sukar dikembangkan berbanding dengan pengilangan,memborong atau penghasil bahan mentah atau separa mentah.

Bisnes dropship tidak menghasilkan untung yang cukup banyak untuk menjadi jutawan dalam tempoh 3-10 tahun. Oleh itu duit itu mesti di laburkan semula. Ikat perut anda.

Oleh itu cara yang lebih efektif bagi menjadi jutawan dropship ialah secara tidak terus.

Tetapi apakah cara secara tidak terus untuk menjadi jutawan dropship?
-bersambung ke bab 3


Tiada ulasan:

Catat Ulasan