Jumaat, 30 Disember 2016

Tip bisnes masa gawat

Sewaktu gawat bisnes akan berada dalam situasi survival.

Selasa, 28 Jun 2016

Peluang Perniagaan:Tips berniaga goreng pisang

Pisang goreng sememangnya popular di negara kita ini. Dari goreng pisang cheese di Kota Damansara hingga ke pisang goreng tanjung bungah yang begitu manis sekali bermacam jenis perniagaan berasaskan pisang goreng wujud di sekitar kita.

Bagi yang berminat berniaga pisang goreng apakah tips-tipsnya yang dapat membantu?

Pertama. Kenali selera pelanggan dan juga jenis bancuhan tepung.

Tidak semua orang suka pisang yang terlalu manis manakala ada yang obses dengan pisang yang sedap dan manis. Oleh itu gunakan ini sebagai taktik anda. Sediakan jenis yang berbeza dan lihat potensi untuk setiap jenis. Tidak mengapa rugi sedikit untuk menguji bestseller baru. Lihat sahaja jenama besar ini taktik yang digunakan.

Secara online terdapat banyak sekali resipi tetapi yang mesti anda ingat semuanya berkitar mengenai tepung. Kenali fungsi setiap ramuan dalam bancuhan dan anda tidak tertipu dengan resipi pisang goreng pisang online penipu lagi dan membazirkan tepung berbungkus-bungkus.


  • >>akan dikemaskini<<

Ahad, 26 Jun 2016

Cara menjual kuih raya online bab 1

Kuih raya sentiasa mendapat sambutan ketika menjelang raya. Tetapi kini dengan ketepuan pasaran kuih raya online bagaimanakah seorang penjual kuih raya online mampu bersaing? Apakah taktik jualan dan strategi pemasaran anda?

Cara dan strategi jual kuih raya online
 Pertama anda mesti menyediakan model bisnes anda.

Isikan butiran di bawah ini:
Siapakah pembekal kami
Apakah saluran pengedaran kami
Siapakah pelanggan kami
Apakah nilai unik produk kami
Jenis produk apakah yang niche
Apakah trend pasaran terkini
Adakah produk kami untuk pasaran awam atau spesifik.

Bersambung ke bahagian ke 2.

Jutawan dropship:suatu kemungkinan? Bab 3

Sambungan bab 2

Cara tidak terus ialah melalui pelaburan semula,secara aktif dan tidak aktif.

Cara aktif ialah melaburkan semula ke dalam perniagaan lain yang mudah dikembangkan. Elakkan dari terlalu obses dengan sejenis perniagaan sahaja. Pelbagaikan bisnes anda.

Contoh yang bagus adalah saham koperasi yang stabil perniagaannya dan diurus dengan baik.

Cara tidak aktif ialah penndapatan pasif. Deposit tetap di bank menghasilkan kadar pulangan yang rendah risiko. Bagi yang lebih daring hasil ini boleh di gunakan untuk pelaburan hartanah. Ini yang dilakukan gergasi makanan segera dan perhotelan,menjana kekayaan melalui hartanah dan melakukan bisnes untuk menampung kos hartanah.

Bersambung ke bahagian ke 4.

Petua hilangkan jerawat guna kapur makan

Sila pastikan anda menggunakan kapur makan bukannya kapur tulis ya. Dua benda berbeza.

1) gaul kapur makan dengan air. Kapur makan perlu dilarutkan dahulu.

2) lumurkan pada jerawat anda.

3) biarkan seketika. Sekitar satu jam.

4) basuh kapur itu dari jerawat anda.


Cara buat anak putih

Petua jadi putih sesuai untuk anak kecil
Bahan-bahan:
Tepung ubi 
Tepung gandum wholemeal
Air

1- gaul semua bahan-bahan
2-lumurkan pada bahagian yang ingin diputihkan
3- biarkan seketika dan basuh buang kemudian
4-amalkan selalu.

Mungkin kesannya tidak secepat produk laris seperti k colly borong atau kegemaran ramai perlaking murah tetapi ianya menggunakan bahan pemutih yang selamat secara alami.

Khamis, 23 Jun 2016

Limau melawan ketiak berbau

Salah satu petua lama menangani ketiak berbau ialah menggunakan jus limau. Tetapi adakah ini hanya tahyul atau berasas?

Limau mengandungi kandungan asid yang mampu meluntur dan antiseptik. Kesan dari pelunturan ini tidak terlalu kasar tetapi cukup untuk membuang bau dan meluntur lapisan atas kulit,terutamanya mendapan daki yang berbau.

Bahan-bahan:
-limau
-segelas air,di isi sedikit air kosong setinggi setengah ruas jari
-secubit garam halus
-tisu

Cara-caranya:
1:perah jus limau,biasanya bagi yang kecil di dalam 2 biji. Bagi yang besar satu sahaja sudah cukup.

2:campurkan dengan air. Jus limau dicampurkan tanpa benda asing,seperti pulpa limau dan biji limau.

3: masukkan sedikit garam dan goncang atau biar hingga larut. Menggoncang akan mempercepatkan sedikit pelarutan.

4:celup tisu dan gunakan ia untuk mengelap ketiak anda.

5:biarkan kering.

Rabu, 22 Jun 2016

Jutawan dropship: suatu kemungkinan? Bab 2


Sambungan bab 1.

Apakah itu dropship? Secara ringkas ia adalah suatu perniagaan jenis servis. Walaupun anda menjual sesuatu produk,sebenarnya perkhidmatan anda yang ditawarkan bukannya produk itu sendiri. Anda mendapat wang komisen daripada perniagaan dropship anda hasil dari servis anda bukannya melalui mencipta sesuatu produk atau memborongnya,atau memecah pukal.

Anda merupakan peruncit terakhir dalam saluran pengedaran.

Sebagaimana resam dalam bisnes berasaskan servis ianya mudah dimulakan tetapi sukar dikembangkan berbanding dengan pengilangan,memborong atau penghasil bahan mentah atau separa mentah.

Bisnes dropship tidak menghasilkan untung yang cukup banyak untuk menjadi jutawan dalam tempoh 3-10 tahun. Oleh itu duit itu mesti di laburkan semula. Ikat perut anda.

Oleh itu cara yang lebih efektif bagi menjadi jutawan dropship ialah secara tidak terus.

Tetapi apakah cara secara tidak terus untuk menjadi jutawan dropship?
-bersambung ke bab 3